Khamis, 26 Oktober 2017

PERBEZAAN ANTARA HIKAYAT ASAL DENGAN FILEM YANG DITERBITKAN


FILEM 

Deramang anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela. Ketiga-tiga mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat Mahsuri.


 

Rabu, 25 Oktober 2017

VIDEO BERKAITAN MAHSURI : FILEM DAN HIKAYAT ASAL




FILEM


https://youtu.be/CdQcuRj6EyM






HIKAYAT


https://youtu.be/3vzDRvL9bsI




SIMPULAN PERBEZAAN HIKAYAT DENGAN FILEM

                                     SIMPULAN PERBEZAAN 1

FILEM




Dato'Kelama Jaya datang menenangkan keadaan Deramang dan kawannya juga Kelana dan Lela yang sedang bergaduh merebutkan Mahsuri.Deramang dan kawannya tidak menghormati Dato'Kelama Jaya sebagai orang yang lebih tua daripada mereka.Oleh hal demikian,Dato' Kelama Jaya menyuarakan hasrat untuk membuat membuat menantu diantara Kelana dan Lela.Mahsuri diberikan pilihan untuk memilih antara dua orang mereka itu.Akhir sekali,Mahsuri memilih Kelana tidak memilih Lela kerana menggangap Lela sebagai saudara kandungannya sendiri.

HIKAYAT

Datuk Kermajaya telah jatuh cinta kepada Mahsuri dan berhasrat ingin berkahwin dengan Mahsuri sebagai isteri kedua. Mahora isteri kepada Datuk Kermajaya cemburu dengan Mahsuri telah membuat suatu cadangan kepada Datuk Kermajaya untuk kahwinkan anaknya mereka iaitu Wan Derus. Setelah Mahsuri berkahwin dengan Wan Derus, Mahsuri hamil anak Wan Derus. Ketika Mahsuri hamil, Wan Derus telah diarahkan oleh ayahnya untuk menguruskan sesuatu di Siam. Hal ini menunjukkan pertalian diantara Langkawi dengan Siam.


SIMPULAN PERBEZAAN 2




FILEM






Dalam filem menyatakan bahawa Mahsuri difitnah berpunca dari rekaan cerita oleh Liya iaitu bekas kekasih Deramang.






HIKAYAT

Dalam hikayat menyatakan Mahsuri difitnah berpunca daripada rekaan ceritaan oleh isteri Datuk Karmavijaya yaitu Mahora. 

Versi Langkawi : Ini bermula kemunculan pedagang dari Samutera yaitu Daremang seorang pengipur lara yang telah tiba di Langkawi pada ketika itu. Kemunculan tukang cerita merupakan sumber hiburan rakyat jelata. Mahsuri telah menawarkan Daremang untuk bercerita di depan rumahnya. Penawaran ini memungkin fitnah kepadanya lalu membawa padah dan implikasi yang sangat hebat. Jadi Mahora telah melihat Mahsuri dengan Daremang telah mereka cipta dan mengadu domba bahawa Mahsuri telah bersuka-suka, bercouple-coupelan seperti suami isteri kepada Datuk Kermajaya.




                                                    SIMPULAN PERBEZAAN 3


FILEM








Deramang dan orang-orangnya pergi ke rumah Mahsuri ketika Lela berada di rumah Mahsuri.Deramang telah mengarahkan orang-orangnya untuk menyerang Lela serta mengikatnya.Mahsuri diseret ke Balai Besar untuk diadili bersama-sama Lela lalu Mahsuri dan Lela dijatuhkan hukuman bunuh sampai mati tanpa diberi peluang untuk menjelaskannya.Hukuman yang ditetapkan itu tidak mendapat persetujuan orang lain malah juga  tidak diketahui oleh Dato'Kelama Jaya dan Kelana,ia hanya ditetapkan oleh Deramang sahaja.Hukuman itu dijatuhkan pada waktu pagi keesokan harinya.Hal ini dapat diketahui oleh Dato'Kelama Jaya dan Kelana.Mereka hendak menghalang hukuman yang tidak sepatutnya dilakukan itu kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.Hal ini dapat diketahui oleh Deramang melalui orang bawahannya, bagi memastikan perancangan mereka itu berjaya, mereka memindahkan Mahsuri dan Lela ke tempat lain. sebelum tombak ditikam ke badan Mahsuri,Mahsuri sempat melafazkan kata-kata yang bakal diingati sepanjang zaman iaitu " jalankanlah hukuman hang,saya rela mati tetapi sebelum saya mati saya sumpah Pulau Langkawi ini menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan".



HIKAYAT

Datuk Pekerma Jaya memerintahkan orang-orangnya, diketuai oleh Panglima Hitam, menangkap Mahsuri. Mahsuri diseret ke Balai Adat di sebuah tempat bernama Padang Mat Sirat untuk diadili bersama-sama Deramang. Dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh.

Sebatang tombak ditikam ke badan Mahsuri tapi dengan kuasa Allah, amat mengejutkan semua mereka yang berada ditempat hukuman, tombak tersebut langsung tidak dapat menembusi malah melukakan tubuhnyaLantas Wan Mahora menyeksa Mahsuri demi memberitahunya akan rahsia bagaimana hendak membunuh Mahsuri.


Mahsuri yang terlalu lemah dan tidak bermaya sudah tidak mampu menahan seksaan dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora, lantas dengan berat hati yang teramat sangat terpaksa memberitahu akan sebuah rahsia keluarga yang telah lama terpendam. Seorang utusan dititahkan bergegas ke Kampung Mawat, untuk mendapatkan sebilah keris pusaka keluarga Pandak Mayah yang didakwa Mahsuri, satu-satunya senjata yang dapat memutuskan nyawanya. Tanpa membuang masa apabila keris itu berjaya diperolehi, Datuk Pekerma sendiri mengambilnya dan menikam Mahsuri! Tikamannya menembusi rusuk kiri dan buah dada Mahsuri. Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, menantikan nyawa melepasi kerongkongnya...Mahsuri melafazkan kata-kata yang bakal diingati sepanjang zaman


PERBEZAAN ANTARA HIKAYAT YANG ASAL DENGAN FILEM ( MAHSURI )

              

Image result for SUMPAHAN MAHSURI FILEM

Jalan Cerita  FILEM 


Kelana, Lela dan Daremang : Mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat Mahsuri.


Pada satu hari ketika Mahsuri berada di serambai sambil menyanyikan lagu bunga tanjung, Deramang kemudian Kelana, dan diikuti Lela yang lalu di bawah serambi cuba menarik perhatian Mahsuri. Deramang kemudiannya mengambil peluang untuk mengadu domba antara Kelana dengan Lela sehingga kedua sahabat karib itu berkelahi. Deramang kemudiannya berlalu apabila menyedari kedatangan Datuk Aman. Datuk Aman mendamaikan kedua sahabat yang sedang bergaduh dan mendapati bahawa punca pergaduhan antara mereka adalah untuk memenangi hati Mahsuri.

Datuk Aman kemudian menyuruh Mahsuri memilih siapa yang dia minati antara Kelana dengan Lela. Mahsuri yang menghormati mereka berdua menyatakan dia akan menjatuhkan bunga daripada serambai dan sesiapa yang mendapat bunga tersebut akan mendapat hatinya. Mahsuri kemudiannya menjatuhkan bunga kepada Kelana yang berjaya menyambut bunga tersebut. Datuk Aman berjanji akan memilih hari yang sesuai untuk perkhawinan antara Mahsuri dengan Kelana. Kelana dan Lela kemudiannya berbaik kembali.

Selepas perkahwinan antara Kelana dan Mahsuri, Datuk Seri Kemajaya menerima perintah sultan Kedan untuk membawa angkatan tentera untuk melawan pasukan Siam yang telah menyerang Kedah dan membebaskan kota yang telah ditawan musuh. Isteri Datuk Seri Kemajaya, Mahsura, memujuk Datuk Seri Kemajaya agar memilih anaknya Deramang sebagai penggantinya ketika pemergiannya. Lela bertanggung jawab untuk mempertahankan kawasan pantai sementara Kelana pula mengiring Datuk Seri Kemajaya dengan pasukannya kemedan perjuangan. Kelana dan Mahsuri terpaksa berpisah walaupun baru berkahwin. Kelana meminta Lela, yang menganggap Mahsuri seperti kakak, agar menjaga Mahsuri.

Sebaik sahaja Datuk Seri Kemajaya dan Kelana meninggalkan pulau, Deramang, cuba sedaya upaya untuk memikat Mahsuri tetapi gagal. Oleh kerana itu, Deramang mengambil keputusan untuk memerangkap Mahsuri dengan Lela.

Deramang kemudiannya menyuruh Lela pergi kepantai dengan menyatakan terdapat kekecohan di situ. Kemudiannya, Deramang memberitahu Mahsuri bahawa suaminya telah kembali dan sekarang berada di pantai tempat Lela berada. Ketika Lela dan Mahsuri berada di tepi pantai, Deramang kemudiannya telah membawa orang kampung untuk menangkap Mahsuri dengan Lela dan mereka berdua dituduh berzina.

Memandangkan Deramang memegang tampuk pemerintahan ketika ketiadaan Datuk Seri Kemajaya, penghulu dan kaum bangsawan tidak berani membantah atau menghalang Deramang walaupun mereka tahu Mahsuri dan Lela tidak bersalah. Deramang menjatuhkan hukuman bunuh kepada Mahsuri dan Lela. Mahsuri dihukum bunuh secara salang, ditikam dengan keris di kedua belah pangkal leher. Hukuman itu akan dilaksanakan di Padang Mat Sirat.

Pada masa Mahsuri akan dibunuh, ribut dan kilat sambung-menyambung dilangit. Mahsuri kemudiannya menyumpah penduduk Mahsuri bahawa mereka tidak akan aman dan pulau Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur selama tujuh generasi kerana membenarkan ketidakadilan ini berlaku. Apabila Mahsuri ditikam dengan keris oleh Deramang, darah putih memancut keluar sebagai tanda kesucian Mahsuri.

Ketika Deramang hendak menikam Lela, pasukan perwira yang diketuai oleh Datuk Seri Kemajaya sampai menyebabkan Deramang melarikan diri. Apabila sampai ketempat hukuman dilaksanakan, Datuk Seri Kemajaya, Kelana dan mereka yang lain terkejut apabila melihat mayat Mahsuri terkapar disitu. Suasana gembira diatas kejayaan mereka mengalahkan musuh yang menyelubungi rombongan itu kini bertukar menjadi pilu.

Lela kemudiannya menceritakan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan kepada kematian Mahsuri. Kelana kemudiannya terus memburu Deramang untuk membalas dendam. Selepas pergaduhan sengit Kelana berjaya membunuh Deramang dan dengan itu membalas dendam keatas kematian isterinya.






  


Jalan Cerita Hikayat Asal


Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, Penghulu Langkawi iaitu wakil Sultan Kedah di Langkawi. Dan pastinya mengundang rasa resah yang meluap-luap dari isterinya, Wan Mahora. Rasa amarah membara apabila Wan Mahora mendapat tahu yang suaminya menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri sebagai isteri kedua. Namun, Wan Darus, adik lelaki tunggal Wan Yahya juga menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri. Demi mengelakkan rumah tangganya goyah, memandangkan Wan Yahya adalah pembesar di pulau itu, Wan Yahya merestui akan niat Wan Darus, walaupun dalam diam Wan Yahya masih menyimpan keinginan terhadap Mahsuri.

Majlis perkahwinan berlangsung dengan secara besar-besaran dan penuh meriah. Wan Mahora menerima Mahsuri sebagai iparnya walau pun jauh disudut hati, cemburu masih ada. Maka, bermulalah kehidupan Mahsuri sebagi isteri kepada Wan Darus dan dalam pada masa yang sama menyebabkan kekecewaan di hati kebanyakan lelaki yang gagal memilikinya, dan juga wanita, tentunya kerana kejelitaan yang dimiliki Mahsuri dan bersuamikan Wan Darus, yang dikatakan juga seorang pahlawan yang gagah perkasa serta tak kurang tampannya.

Namun dalam pada masa yang sama hubungan Kedah dan Siam bertambah keruh. Siam mula menakluki utara Kedah, menyebabkan perang berlaku. Baginda Sultan memerintahkan tentera dikerah dari setiap ceruk rantau negeri Kedah demi mempertahankan negeri. Dan dalam pada masa yang sama Mahsuri sedang hamil anak yang sulung. Datuk Pekerma Jaya memeperintahkan orang-orang Langkawi dikumpulkan untuk membantu tentera Kedah yang sedang berperang dan ini termasuklah Wan Darus.

Dengan hati yang berat Mahsuri terpaksa melepaskan suaminya yang tercinta pergi, tambahan pula Mahsuri seperti dapat merasakan yang beliau seperti tidak akan dpat berjumpa suaminya lagi. Untuk menghilangkan rasa rindu terhadap suami, Mahsuri berpindah ke rumah ibu bapanya, tambahan pula beliau sedang sarat mengandung. Setelah cukup sembilan bulan sepuluh hari, maka lahirlah tanda cinta antara Mahsuri dan Wan Darus, seorang bayi lelaki yang dinamakan Wan Hakim.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Kedamaian hidup Mahsuri bakal berubah apabila seorang pendatang tiba berlabuh di pantai Langkawi, seorang lelaki muda bernama Deramang. Deramang dikatakan berasal dari sebuah tempat bernama Batu Bara di Acheh. Beliau mendapat perhatian oleh ayah Mahsuri, Pandak Mayah dan beliau ditawarkan bekerja untuknya membantu bercucuk tanam dan bertani. Namun selain dari rajin dan gigih, Deramang memiliki bakat semulajadi yang luar biasa iaitu kebolehan berdendang dan bersyair. Kebolehannya itu menarik perhatian penduduk setempat berkumpul dirumah Pandak Mayah hampir setiap malam, dan dengan ini menaikkan nama Mahsuri sekeluarga.

Kemahsyuran melimpah ruah yang diperolehi oleh Mahsuri itu ternyata tidak disenangi sesetengah orang, yang tentunya iparnya sendiri, Wan Mahora yang telah sekian lama menyimpan rasa dendam dihati. Tambahan pula kedudukannya sebagai isteri pembesar mula dilupakan orang, berbanding iparnya sendiri, Mahsuri. Iri hati yang telah lama tersimpan bertukar menjadi luka yang bernanah dan Wan Mahora mengambil keputusan, sampai masa Mahsuri harus menerima balasan! Sesuatu rancangan sedang bercambah dalam pemikirannya...

Wan Mahora memerhatikan keakraban Mahsuri dan Deramang dan disitu, beliau melihatnya sebagai peluang yang tak patut dilepaskan. Isteri pembesar itu membisikkan kata-kata racun kepada suaminya Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Pada mulanya Wan Yahya tidak mengendahkan tapi apabila sudah tidak mampu menahan asakan, Wan Yahya bertindak untuk memerhatikan tindak-tanduk Mahsuri. Rancangan Wan Mahora berhasil apabila kebetulan suatu hari Deramang dilihat naik ke rumah Mahsuri yang tanpa disedari Deramang hanya diminta untuk menjaga anak Mahsuri, Wan Hakim, sementara Mahsuri berada di bendang. Lantas, Datuk Pekerma Jaya memerintahkan orang-orangnya, diketuai oleh Panglima Hitam, menangkap Mahsuri. Mahsuri diseret ke Balai Adat di sebuah tempat bernama Padang Mat Sirat untuk diadili bersama-sama Deramang. Dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh! Wan Mahora dalam diam tersenyum puas...

Pandak Mayah dan Endak Alang terperanjat dengan apa yang dikhabarkan orang mengenai anaknya lantas bergegas menuju ke Padang Mat Sirat demi membela Mahsuri. Pandak Mayah menawarkan segala emas, kerbau dan segala harta kekayaannya demi nyawa puteri tunggalnya namun ditolak mentah oleh Datuk Pekerma Jaya, dengan alasan, dosa yang dilakukan Mahsuri-bermukah dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain tidak dapat diampunkan. Mahsuri dibawa ketempat hukuman dan diikat di sebatang pokok. Deramang cuba menentang namun berjaya dia dibunuh oleh orang-orang Datuk Pekerma. Dan kini tiba masa giliran Mahsuri.

Tempat hukuman tersebut dipenuhi oleh orang kampung yang ingin menyaksikan hukuman yang bakal diterima oleh Mahsuri. Pandak Mayah dan Endak Alang masih belum putus asa masih terus cuba merayu dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora demi nyawa Mahsuri dan anaknya yang baru berusia dua bulan dan masih menyusu. Namun langsung tidak mendapat simpati dari pembesar itu. Padanya, aib yang dilakukan Mahsuri terlalu besar dan memalukannya sebagai ipar kepada Mahsuri. Sebatang tombak ditikam ke badan Mahsuri tapi dengan kuasa Allah, amat mengejutkan semua mereka yang berada ditempat hukuman, tombak tersebut langsung tidak dapat menembusi malah melukakan tubuhnya! Keadaan ini memaksa pertanda menikam Mahsuri bertubi-tubi. Ini menjadikan keadaan bertambah kalut, dan pastinya mencemaskan Wan Mahora, seandainya peristiwa aneh ini akan dapat membuktikan yang Mahsuri tidak bersalah pastinya akan mengundang aib kepadanya. Lantas Wan Mahora menyeksa Mahsuri demi memberitahunya akan rahsia bagaimana hendak membunuh Mahsuri.

Mahsuri yang terlalu lemah dan tidak bermaya sudah tidak mampu menahan seksaan dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora, lantas dengan berat hati yang teramat sangat terpaksa memberitahu akan sebuah rahsia keluarga yang telah lama terpendam. Seorang utusan dititahkan bergegas ke Kampung Mawat, untuk mendapatkan sebilah keris pusaka keluarga Pandak Mayah yang didakwa Mahsuri, satu-satunya senjata yang dapat memutuskan nyawanya. Tanpa membuang masa apabila keris itu berjaya diperolehi, Datuk Pekerma sendiri mengambilnya dan menikam Mahsuri! Tikamannya menembusi rusuk kiri dan buah dada Mahsuri. Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, menantikan nyawa melepasi kerongkongnya...Mahsuri melafazkan kata-kata yang bakal diingati sepanjang zaman...

Selasa, 24 Oktober 2017

PERBEZAAN HIKAYAT LAGENDA MAHSURI





Pendapat 1

   Pandak Maya dengar suara tangisan bayi menangis datang dari bakul rotan. Dia duduk mencangkung, selepas itu ia membuka kain yang berada diatas bakul rotan tersebut. Pandak Maya menyangkakan bayi menangis, rupanya kerak nasi menangis, Pandak Maya ambil nasi tersebut dengan tangan kanan, tiba-tiba nasi tersebut berhenti menangis dan apabila meletak kembali kerak nasi tersebut menangis kembali. Pandak Maya melakukan perkara yang sama sebanyak 3 kali. Selepas melihat keajaiban ini Pandak Mayah melafazkan SubahanaAllah dan sambil berdoa. Lalu Pandak Maya menbawa kerak nasi tersebut dan menyuruh isterinya masukan sekali kerak nasi dalam periuk nasi yang telah masak. Hal ini telah menyebabkan Mak Andak melahirkan Mahsuri.


Pendapat 2

   Pandak Maya terdengar suara itik berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang makan daging itik akan beroleh rezeki yang melimpah . Jelaslah disini menyatakan bahawa kelahiran Mahsuri hasil daripada memakan daging itik tersebut. 


Pendapat 3

      Ketika Mak Andak sedang menyapu sampah di halaman rumah, tiba-tiba terjumpa ular berjalan masuk dalam sampah yang dibakarnya. Kemudian datang keinginan untuk memakan ular tersebut. Tanpa pengetahuan suaminya ia telah memakan ular tersebut. Selepas kejadian ini, di percayai Mak Andak telah mengandung Mahsuri sekian lama tiada anak.

Pendapat 4

Nading Mahsuri adalah anak raja Jawa yang telah merantau ke Pulau Langkawi, Lalu Pandak Maya dan Mak Andak telah menjadikan Mahsuri ini sebagai anak angkat.


Isnin, 23 Oktober 2017

PENGENALAN

                     بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum, Kepada Para Pengujung Blog. Kami daripada Universiti Sultan Azlan Shah.

Blog ini menceritakan kisah perbezaan antara Hikayat dan Filem Mahsuri. Ia merupakan salah satu tugasan bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (MPU3123)

Disediakan Oleh :

1) Muhamad irfan bin ariff (I16301635)
2) Ahmad Syakirin b Ahmad Bakhtiar (I16301690)
3) Aofa bin Abd Mutalib (I16301589)
4) Noor'ain bt mohammad alimun (I16301641)
5) Nur Izzatie Bt Nazlin (I16301668)
6) Hasinah Bt Muhd Ashah (I16301669)

Diberikan Oleh :

- Enicik Oummar Nor Aman Bin Othman

PERBEZAAN ANTARA HIKAYAT ASAL DENGAN FILEM YANG DITERBITKAN

FILEM  Deramang anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela. Ketiga-tiga mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat...